Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Tikam Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek – Polis

Polis memaklumkan mngsa yang maut akibat ditikam di hadapan rumah di Taman Sri Pagi, Senawang petang Isnin lalu, mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Mangsa tikam ada hubungan sulit

Menurut laporan Harian Metro, ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, motif suspek melakukan perbuatan itu kerana berang selepas mengetahui isterinya curang dengan lelaki berkenaan.

mangsa tikam

Foto: Media sosial

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian adalah kerana mangsa tikam yang berusia 28 tahun itu dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada suspek.
“Kami difahamkan, isteri suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya hari ini.
mangsa tikam

Foto: Utusan

mangsa tikam

Foto: FB Amin Sukor

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas dikatakan ditikam di hadapan sebuah rumah dipercayai akibat perselisihan faham akibat cemburu.
Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama jangka panjang bersama Astro, penyedia kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sebagai Rakan Media Rasmi di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd