Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Cerita Dipaksa Makan Babi, Diancam Guna Cota Elektrik

Mohamad Farhan Azman menceritakan bagaimana peritnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar apabila dipaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.

Memetik laporan dari Berita Harian, pemuda berusia 20 tahun itu turut mengakui sering dipukul sekiranya cuba melawan selama 4 bulan sewaktu dalam cengkaman sendiket penipuan tersebut.

Wanita dijadikan hamba seks

Dia yang berjaya melarikan diri menjelaskan bahawa apa yang dilalui turut dirasai 15 lagi warganegara Malaysia di sana yang menjadi mangsa sama sepertinya.

Lebih menyedihkan, mangsa dari kalangan wanita bawah umur turut dijadikan hamba seks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 serta raifal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)…ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.
Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar,” katanya.

Dijanjikan kerja sebagai pengemas hotel di Singapura

Dia juga menceritakan bagaimana perjalanannya yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai  dan tiba di Bangkok pada 13 September tahun lalu sebelum bergerak menaiki pacuan 4 roda menuju ke sempadan Thailand-Myammar.

“Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.
“Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.
“Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua ‘askar’ bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan,” katanya.

Dipaksa jadi scammer, kerja 15 jam

Ujar Farhan lagi, dia telah bertindak sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa di Eropah dengan menawarkan produk harga murah sebelum ‘mengeringkan’ akaun mangsa yang menekan link palsu dari sindiket.

“Kami bekerja sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.
“Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ‘ link’ palsu yang diberikan, selepas sindiket mula ‘mengeringkan’ akaun bank mangsa,” katanya.

Sebenarnya, sebelum terjebak sebagai mangsa sindiket tersebut, pemuda berkenaan telah ditawarkan pekerjaan sebagai pengemas hotel di Singapura dengan gaji agak lumayan.

Mereka juga dijanjikan wang poket sewaktu tiba di Bangkok, namun semuanya berubah.

Untuk rekod, Farhan merupakan antara 6 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan sekitar Disember tahun lalu dan dibawa pulang atas bantuan kedutaan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia dan beberapa lagi mangsa telah dipaksa bekerja lebih 15 jam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal oleh sindiket tersebut sehingga berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan bagi pulang ke Tanah Air.

 

Sumber: Berita Harian (Mohamad Fahd Rahmat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd