Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Malaysia kalah 0-2 kepada Oman di Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan pertama selepas tewas 0-2 kepada pasukan ranking dunia ke-80, Oman pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, awal pagi ini.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-132 dunia, hilang status sebagai pendahulu kumpulan apabila jatuh di tangga ketiga.

Foto: Harian Metro

Walau bagaimanapun, dalam ketiadaan beberapa tonggak utama skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah berusaha menggarap barisan terbaik dengan menggunakan formasi mirip aksi di pentas Piala Asia, iaitu tiga pertahanan tengah sementara bahagian sayap pasukan kekal menjadi milik Faisal Halim serta Arif Aiman Md Hanapi.

Selepas separuh masa pertama yang berakhir tanpa sebarang jaringan, Issam Al-Sabhi berjaya memastikan tuan rumah di hadapan pada minit ke-58.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Dalam pada itu, Malaysia hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi Corbin Ong namun tandukkannya sekadar terkena palang gol dan Romel Morales turut berjaya mengatasi penjaga gol untuk mendapatkan jaringan namun ia dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Foto: Bernama
Pertukaran pemain yang dilakukan sememangnya mengubah corak permainan yang menyaksikan Oman yang bertahan sementara Malaysia cuba mencari peluang mendapatkan gol penyamaan.
Namun begitu, segalanya seakan sudah tertutup apabila Oman mendapatkan jaringan kedua ketika perlawanan berbaki tiga minit waktu permainan menerusi Muhsen Al-Ghassani, sekali gus menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga ketiga selepas dipisahkan dengan perbezaan jaringan antara Oman dan Kyrgyzstan.
Sumber: Malaysiakini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd