Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Majikan Boleh Dikenakan Denda Jika ‘Ganggu’ Pekerja Luar Waktu Pejabat

Kerajaan Australia kini memperkenalkan undang-undang baharu dimana majikan boleh dikenakan denda jika menghubungi atau ‘ganggu’ pekerja di luar waktu pejabat.

Difahamkan, undang-undang tersebut dikenali sebagai  ‘hak untuk tidak berhubung’ dimana ia salah satu usaha kerajaan untuk melindungi pekerja daripada gangguan dan permintaan tidak adil oleh  majikan.

Menteri Perhubungan Tempat Kerja, Tony Burke memberitahu  pekerja boleh mendapat ‘perintah berhenti’ terhadap majikan mereka sebagai sebahagian daripada undang-undang yang dikemas kini.

Majikan boleh dikenakan denda jika ganggu pekerja

Artikel lain: Elak Syarikat Rugi, Majikan Beri Pekerja Cuti Sebab Tiada Mood

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, majikan yang melanggar undang-undang tersebut bakal berdepan dengan tindakan denda.

“Sekiranya melanggar perintah ini dilanggar, majikan akan diberi notis dan didenda,” kata Burke.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Anthony Albanese menjelaskan pekerja tidak sepatutnya diberi tekanan memandangkan mereka tidak dibayar gaji untuk bekerja 24 jam sehari.

“Apa yang kami cuba tekankan adalah pekerja tidak dibayar gaji untuk 24 jam sehari. Mereka tidak sepatutnya dihukum jika tidak dapat dihubungi 24 jam sehari,” ujarnya lagi.

Selain Australia, negara lain turut memperkenalkan undang-undang yang sama seperti Perancis, Itali, Ireland dan Sepanyol.

Sumber: Kosmo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd