Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MAIWP Peruntuk Dana Zakat Berjumlah RM19.85 Juta Kepada KPBKL

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan dana zakat berjumlah RM19.85 juta kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi tahun ini.

MAIWP berkata, KPBKL turut menerima sumbangan berjumlah RM699,350 melibatkan pelbagai bentuk seperti wakalah zakat, peralatan pendidikan dan pembinaan infrastruktur baru seperti makmal komputer.

“Pada tahun 2024 ini sahaja, MAIWP telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM19.85 juta untuk tahun 2024 bagi membantu pelajar di KPBKL melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai jurusan pengajian,” kata MAIWP dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar merasmikan Karnival Soul Journey Belia Asnaf sempena sambutan ulang tahun ke-50 MAIWP di Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, MAIWP berkata, karnival memasuki tahun kedua itu bertujuan untuk memupuk jati diri dan memberikan asas keagamaan serta kekeluargaan kepada belia asnaf, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang karnival ini diadakan antaranya sesi motivasi, pertandingan sukan, e-Sukan, dan reruai pameran agensi serta syarikat di bawah MAIWP,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer,  Ahli MAIWP Zuri Zabuddin Budiman dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd