Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Mahu Rakan Sepasukan Berbuka Puasa, Pemain Bola Didakwa Saja ‘Pura-Pura Cedera’

Meskipun menjalani ibadah puasa, pemain bola sepak beragama Islam di seluruh tetap beraksi hebat dan mengekalkan prestasi atas padang bola ketika perlawanan.

Menurut laporan Harian Metro, pemain tengah pasukan Fiorentina iaitu Sofyan Amrabat dilihat sempat berbuka dengan menjamah pisang dan minum air di tepi padang sewaktu perlawanan bersama pasukan Inter Milan di San Siro semalam.

Difahamkan, pada mulanya Amrabat masuk beraksi pada separuh masa kedua bagi menggantikan Gaetano Castrovilli yang memperoleh kemenangan 1-0 pada perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, pada masa kecederaan, Amrabat yang berusia 27 tahun dilihat berada di garisan tepi sambil mengisi perutnya yang kelaparan.

Susulan itu, peminat yakin dengan mendakwa bahawa pemain pertahanan Fiorentina, Luca Ranieri sengaja berpura-pura sewaktu masa kecederaan bagi memberi ruang kepada Amrabat untuk berbuka puasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tular menyaksikan Ranieri sedang menerima rawatan perubatan, tetapi ramai percaya bahawa dia ‘memalsukan kecederaan’ terbabit.

Sumber: Harian Metro, Give me Sport, Twitter @PurelyFootball

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd