Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lisa Blackpink Pemilik Rumah Mewah Di Seoul, Beli Pada Harga RM26 Juta

Baru-baru ini, penyanyi Korea Selatan popular, Lisa Blackpink mengejutkan ramai apabila dia sudah membeli rumah mewah berharga RM26 juta yang terletak di Seongbuk-dong, Seoul.

Menurut laporan Kimchi Daily, rumah mewah bersambung itu telah dibina pada 2016 dengan mempunyai tingkat bawah tanah dengan dua tingkat di atas tanah.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai, sebelum ini pemilik rumah tersebut adalah cucu Jang Sun-yoon iaitu mendiang pengerusi Lotte Group.

Difahamkan juga, rumah yang telah dimiliki oleh penyanyi kelahiran Thailad itu mempunyai keluasan  sebesar 655 meter persegi dan dijual dengan harga 7.5 bilion won (RM25.9 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buat pengetahuan umum, kawasan tinggal Lisa tersebut turut diberi gelaran ‘Beverly Hills Korea’ memandangkan ia boleh melihat pinggiran Seoul dari puncak yang tinggi.

Sekadar info, selain Lisa Blackpink, pelakon terkenal lain yang turut mempunyai kediaman di sekitar lawasan tersebut adalah Bae Yong Joon dan Lee Seung Gi.

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd