Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Leonardo DiCaprio Dituduh Pedofil, Didakwa Ada Hubungan Dengan Model 19 Tahun?

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio sering menjadi bualan ramai mengenai kontroversi percintaannya bersama selebriti lain.

Malah, baru-baru ini, Leonardo DiCaprio dikatakan bercinta dengan seorang model yang berumur 19 tahun dimana jauh lebih muda berbanding dengan kekasihnya sebelum ini.

Menurut laporan mStar, difahamkan Leonardo DiCaprio sudah mula rapat dengan model yang dipercayai kelahiran Paris bernama Eden Polani.

Khabar angin mengenai hubungan mereka tersebar apabila Leonado DiCaprio hadir ke pelancaran album penyanyi Ebon Riley baru-baru ini bersama model tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraan diantara Leonardo dan Polani semasa menghadiri majlis tersebut sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Disebabkan itulah, ramai yang mendakwa Leonardo seorang pedofilia kerana menjalinkan hubungan bersama seorang gadis yang masih muda berbanding dengan usianya.

Namun begitu, sejauh mana kesahihan mengenai hubungan Leonardo dan Polani masih tidak dapat dipastikan kerana masing-masing mengunci mulut mengenai perkara itu.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd