Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditangkap Khalwat Dengan Bekas Isteri, Beri Alasan Jumpa Anak

Seorang lelaki yang dicekup berkhalwat di rumah bekas isterinya cuba berdalih dengan pelbagai alasan, termasuk kononnya mahu berjumpa anak dalam kejadian di Kempas, Johor Bahru awal pagi tadi.

Lelaki ditangkap khalwat dengan bekas isteri

Menurut laporan Kosmo! Online, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkata, lelaki tersebut turut memberi alasan dia singgah kerana mahu bekas isterinya mencuci pakaian selain menumpang makan malam.

JAINJ berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 1 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai pasangan terbabit.

“Pemeriksaan penguat kuasa JAINJ menemui seorang wanita dan lelaki berusia 30-an dalam rumah sama. Hubungan mereka sebelum ini adalah suami isteri dan sudah bercerai talak satu setahun yang lalu.
“Turut ditemui dalam rumah adalah seorang anak yang sudah besar. Apabila ditanya apa tujuan datang, lelaki itu mengatakan minta tolong isteri basuh baju dan tumpang makan malam selain nak jenguk anak,” katanya.
ditangkap khalwat

Foto: Kosmo! Online

Dalam pada itu, JAINJ berkongsi bahawa penguat kuasa turut menasihatkan pasangan itu agar segera bernikah semula selepas dimaklumkan mereka kerap berjumpa di rumah berkenaan.

Artikel lain: Pesalah Khalwat: Hukuman Enam Sebatan Selesai Dalam Dua Minit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan pada awalnya, lelaki tersebut enggan merujuk kembali namun selepas tamat tempoh edah, kedua-duanya berdamai dan kembali mesra.

Malah, hubungan mereka semakin rapat sejak itu sehingga lelaki terbabit dikatakan kerap datang ke rumah bekas isterinya.

“Apabila datang ke pejabat kadi, pegawai kata dah habis edah dan tak boleh rujuk lagi. Kalau nak nikah semula, kena buat proses biasa termasuk cari wali.
“Masalah timbul apabila lelaki berkenaan bergaduh dengan abang bekas isterinya yang sebelum ini merupakan wali bagi pihak wanita itu dan sehingga kini tidak bertegur sapa,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Faizal Hashim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd