Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pesalah Khalwat: Hukuman Enam Sebatan Selesai Dalam Dua Minit

Seorang lelaki berusia 42 tahun telah menjalani hukuman enam sebatan atas kesalahan khalwat berulang selesai dalam tempoh dua minit di Dewan A’asim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang juga seorang duda menjalani pemeriksaan kesihatan selama 20 minit di bilik khas sebelum hukuman dilaksanakan.

Tukang rumah selesai jalani hukuman enam sebatan

Hukuman Enam Sebatan

Foto: Harian Metro

Prosedur hukuman bermula dengan tertuduh dibawa mengadap pegawai penjara dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk dimaklumkan tentang hukuman yang akan dikenakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelaksanaan hukuman sebatan bermula pada jam 2.50 petang dan selesai pada jam 2.52 petang. Tiga sebatan telah dikenakan di bahagian belakang badan manakala tiga lagi di bahagian punggung tertuduh.

Artikel lain: Lelaki Dipenjara 25 Tahun, 10 Sebatan Nodai Anak Kandung Sehingga Hamil

Selepas hukuman selesai, tertuduh sekali lagi menjalani pemeriksaan kesihatan di bilik khas. Tertuduh yang juga tukang rumah kemudiannya dibawa keluar menggunakan kenderaan penjara pada jam 3.01 petang.

Pelaksanaan hukuman sebatan tersebut telah disaksikan oleh Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah, dan Pemerkasaan Syariah negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir menyaksikan hukuman tersebut ialah M Rozi Bidin, Pesuruhjaya JHEAT dan Datuk Shaikh Harun Ismail, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta 70 pemerhati termasuk wartawan.

Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd