Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Cuba Rakam Bawah Kain Wanita Diburu Polis

Seorang lelaki yang dipercayai cuba rakam bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat kini diburu polis.

Lelaki cuba rakam bawah kain

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, memberitahu kes tersebut dilaporkan oleh seorang wanita tempatan pada jam 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

Mangsa mendedahkan bahawa dia menyedari dirakam oleh seorang lelaki tempatan dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendedahkan suspek telah mengangkat kain mangsa dan cuba merakam dari bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ekoran itu kita telah membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada isnin.

Beliau turut menggalakkan orang awam yang mempunyai maklumat tambahan untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Artikel lain: Insiden Rakaman Rumah Urut Libatkan Penyanyi, Exco Selangor Mohon Maaf Akui Tiada SOP Jelas

Pihak berkuasa turut menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial Facebook menunjukkan suspek berjalan menuju ke arah wanita sebelum mencangkung untuk mengambil rakaman dari bawah kain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas disedari, lelaki tersebut berpura-pura hendak mengambil dan membelek kotak di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd