Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Salah Faham Di Simpang Jalan, Lelaki Berjubah Disyaki Kasari Pelajar Hingga Cedera Hidung

Seorang  lelaki berjubah disyaki mengasari pelajar sekolah sehingga mengalami kecederaan susulan salah faham kecil di persimpangan jalan.

Perkara tersebut tular apabila seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Yusof Sop memuat naik video keadaan pelajar berkenaan.

Lelaki Berjubah Disyaki Kasari Pelajar

Lelaki berjubah tumbuk bertubi-tubi

Dalam hantaran yang dibuat, kejadian dipercayai berlaku di Saujana Impian, Kajang selepas solat Jumaat apabila lelaki berusia lingkungan 40 tahun menumbuk pelajar sekolah berkenaan bertubi-tubi di kawasan muka.

Video kecederaan dan pelajar terbabit telah tular di media sosial termasuklah nombor plat kereta lelaki berkenaan yang berjaya dirakam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki berjubah telah ditahan

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Kosmo! lelaki terbabit dipercayai sudah ditahan pihak polis selepas pelajar itu membuat laporan kira-kira jam 9.24 malam hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof  telah mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan ia berlaku disebabkan salah faham di persimpangan jalan.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham antara kedua mereka. Mangsa mengalami kecederaan retak tulang batang hidung akibat dipukul dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.
“Pemeriksaan juga mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik,” katanya.

Artikel lain: Perkhidmatan Lif Tergendala, Tiga Individu Bantu Angkat Lelaki OKU Naik Tangga Dipuji

Susulan daripada itu, beliau menyatakan bahawa kejadian terbabit disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Chalart Cinda Eh Nem di talian 017-9825510 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Facebook Yusof Sop, Kosmo! (Muhammad Najieb Ahmad Fuad)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd