Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih sebulan tidak berjumpa, bekas isteri Safee Sali tuntut hak penjagaan anak-anak

Bekas isteri Mohd Safee Mohd Sali iaitu Fitria Elfina Maharip, 44, mengesahkan dia tidak dapat bertemu dan berkomunikasi dengan dua anaknya sejak 6 Februari lalu dan tidak mengetahui di mana keberadaan mereka buat ketika ini.

Menerusi temubual bersama Sinar Harian, dia telah memfailkan kes tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya itu berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka dan akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Foto: Utusan TV

Berhubung dengan itu, keputusan ini dibuat apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding sulh yang dijalankan berhubung tuntutan itu pada Isnin lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sulh (kelmarin) tidak berjaya jadi kita akan terus proses kepada sebutan di mana sebutan (ditetapkan) pada 9 Mei depan,” kata peguam syarie, Amir Syazwan Ahmad Fauzi yang mewakili Fitria.
Foto: Sinar Harian
Walau bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai permohonan itu tidak didedahkan secara terperinci dan akan diberitahu semula pada tarikh sebutan yang akan datang.
Ketika ditemui selepas prosiding kes sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Fitria memberitahu dia tidak pernah berjumpa anak-anak sepanjang Ramadan dan terlalu rindukan mereka.
“Saya akan perjuangkan (hak penjagaan anak) untuk anak-anak sebab 100 peratus saya yang menjaga anak-anak serta tidak pernah berpisah dengan anak-anak,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Safee Sali yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan telah bernikah dengan Fitria yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shanika Salsabila, 9, dan Shania Safina yang berusia tujuh tahun.
Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd