Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lebih 11 Tahun Bercinta, Pelakon Harry Potter Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Pelakon popular Daniel Radcliffe berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasihnya, Erin Darke bakal menimang cahaya mata sulung yang dijangka bakal dilahirkan pada hujung tahun ini.

Menerusi laporan Mirror UK, sumber mendedahkan pasangan merpati dua sejoli itu dikatakan tidak sabar untuk menanti ketibaan anak perempuannya mereka tersebut.

“Baru-baru ini, mereka telah memberitahu tentang berita gembira ini dan ia adalah momen yang sangat mengujakan buat pasangan itu.
“Daniel dan Erin terlalu gembira saat mendapat berita itu dan tidak sabar untuk menambah lagi ahli keluarga mereka,” katanya.

Bukan itu sahaja, aktor Harry Potter itu pernah memberitahu dalam sebuah temu bual bersama majalah Newsweek dimana dia tidak sabar bakal anaknya kelak menjadi salah seorang penggiat seni sama seperti dirinya dalam dunia hiburan.

“Sekiranya saya mempunyai anak satu hari nanti, saya suka mereka berada dalam set penggambaran filem.
“Impian saya adalah untuk melihat mereka datang ke set penggambaran filem dengan niat mereka juga ingin menjadi seorang pelakon yang berjaya,” ujarnya lagi.

Meskipun Daniel Radcliffe mempunyai jarak usia yang jauh bersama Erin Darke, namun ia tidak sesekali menghalang percintaan mereka yang sudah terjalin sejak tahun 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Mirror UK (Laura Amstrong)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd