Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Laporan Kimia & Bedah Siasat Belum Selesai, Kes Farah Kartini Disebut Semula 7 Oktober

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor menetapkan 7 Oktober depan sebagai tarikh penyerahan laporan kimia dan bedah siasat bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, bulan lepas.

Menurut laporan Bernama, penetapan tarikh tersebut dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Asma Che Wan memaklumkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri bahawa kedua-dua laporan masih belum disiapkan.

Foto: Google

“Laporan kimia dan bedah siasat masih belum siap dan saya memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes,” katanya.

Sementara itu, perkara tersebut turut disahkan Peguam Nur Aida Md Zainuddin, mewakili Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini, 25.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 26 Julai, Muhammad Alif, 26, yang bertugas di Perak didakwa membunuh Nur Farah Kartini di sebuah ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai lepas.

Foto: Kosmo!

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Prosiding kes yang berlangsung hari ini turut dihadiri oleh ibu dan beberapa ahli keluarga Nur Farah Kartini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Untuk rekod, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai lepas.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd