Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Langgar Motosikal: Tiada Unsur Gangsterisme Atau Perkauman – Polis

Polis mengesahkan insiden video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di Kampung Sungai Jernih, Kajang pada Khamis tidak melibatkan unsur gangsterisme atau isu perkauman.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan awal mendapati motif kejadian tersebut berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rentetan perselisihan faham antara dua pihak dan kita menerima dua laporan berasingan di bawah Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395/365 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shazeli berkata kedua-dua pihak terbabit telah membuat laporan polis dan lima lelaki termasuk seorang warga asing berusia 24 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang serta diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis akan mengambil tindakan berlandaskan pada lunas undang-undang terhadap sesiapa yang melakukan tindakan yang menggugat keselamatan serta ketenteraman awam,” ujarnya.

Terdahulu tular video berdurasi 16 saat memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal serta terdapat gambar dengan kapsyen mendakwa menerima ugutan.

Sumber: Facebook Polis Selangor & Zulfahmi Zuhairi

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd