Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bukan Sekadar Pamer Artifak, KPN Angkat Peranan Muzium Sebagai Wahana Perpaduan dan Belia

KPN Angkat Peranan Muzium

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan muzium kini bukan sekadar tempat mempamer artifak, sebaliknya berperanan sebagai jambatan menghubungkan generasi lama dan muda.

Menurutnya, kurator bukan sahaja penjaga artifak, tetapi juga pendidik masyarakat, penyelidik dan penghubung antara generasi terdahulu dan kini.

“Kurator bukan sekadar penjaga artifak, sebaliknya pendidik masyarakat dan penyelidik yang memastikan warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara terus relevan,” katanya.

Aaron berkata muzium berperanan sebagai jambatan generasi, wahana persefahaman budaya dan perpaduan negara, serta kepentingan belia sebagai pewaris warisan bangsa.

Program Bermalam di Muzium 2025 menampilkan tema “Kurator Muda”, yang menekankan pendekatan interaktif, teknologi digital dan pameran imersif untuk generasi muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Seni Kaligrafi Jadi Jambatan Perpaduan, KPN Angkat Warisan Sebagai Pemangkin Ekonomi Kreatif

Ia berlangsung dari 13 hingga 14 September di Borneo Culture Museum, Kuching, dengan penyertaan 31 muzium peringkat persekutuan, negeri dan institusi membabitkan 2,240 pelajar.

KPN Angkat Peranan Muzium

Majlis berkenaan turut disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Untuk makluman, program bermalam di muzium pernah mencatatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak empat kali sejak 2016.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini termasuklah penyertaan terbesar peserta bermalam serentak dan aktiviti bertemakan patriotisme.

Dalam pada itu, Aaron turut merakamkan penghargaan kepada semua muzium di seluruh negara serta JMM yang konsisten memperkasakan muzium sebagai pusat pendidikan tidak formal yang dinamik, interaktif dan inklusif.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd