Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Seni Kaligrafi Jadi Jambatan Perpaduan, KPN Angkat Warisan Sebagai Pemangkin Ekonomi Kreatif

Seni Kaligrafi Jadi Jambatan Perpaduan

Festival Seni Kaligrafi dan Seni Motif Perpaduan 2025 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bukan sahaja meraikan keindahan seni tulisan, malah menzahirkan semangat kebersamaan yang menjadi teras perpaduan negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata festival ini membuktikan seni budaya mampu menyatukan rakyat berbilang bangsa dan mengukuhkan rasa hormat antara satu sama lain.

“Festival Kaligrafi Perpaduan ini adalah manifestasi terbaik bagaimana seni budaya boleh menjadi jambatan penghubung antara pelbagai etnik, seterusnya mengukuhkan rasa hormat dan penghargaan antara satu sama lain. Festival ini menzahirkan semangat kebersamaan yang menjadi teras perpaduan negara,” katanya.

Seni Kaligrafi Jadi Jambatan Perpaduan

Beliau turut menegaskan seni kaligrafi berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan ekonomi kreatif negara, selain membuka peluang kepada generasi muda dan penggiat industri kreatif untuk menjana pendapatan.

“Malaysia perlukan lebih banyak program inkubasi seni, dana pembangunan, pendedahan antarabangsa dan kerjasama antara sektor awam dan swasta agar potensi sebenar industri ini dapat diterokai sepenuhnya,” jelasnya.

Artikel lain: Tiga Bangunan Di Bawah Satu Bumbung, Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan Di Bangunan Anjung Bestari – KPN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar bengkel kaligrafi diadakan secara berkala di institusi budaya seperti Muzium Negara, Perpustakaan Negara Malaysia serta pusat komuniti terpilih sebagai usaha berterusan memperkasa seni warisan dan membina jati diri kebangsaan.

Festival tiga hari itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records dengan penyertaan 1,500 peserta pelbagai kaum melalui pelbagai aktiviti termasuk bengkel kaligrafi Jawi, Cina dan Tamil, pertandingan seni motif etnik, pertandingan fesyen motif perpaduan, kuiz interaktif serta pameran karya.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd