Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Tutup 2,093 Tapak Lokasi Sampah Haram Babit Kos Pembersihan RM1.6 Juta

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tutup 2,093 tapak lokasi sampah haram membabitkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta sepanjang tahun 2023.

Menterinya Nga Kor Ming berkata, jumlah sisa yang dibersihkan adalah sebanyak 6,410 tan di tujuh negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 (Akta 672).

“KPKT memandang serius isu berkaitan pengurusan sisa pepejal di bawah agensi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
“Di mana pelaksanaan operasi berterusan tapak pelupusan sampah haram merupakan antara inisiatif utama kementerian pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pembersihan dan penutupan tapak buang sampah haram di Jalan Davis, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Ir Dr Mohd Azhar Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapak lokasi sampah haram ditutup

Kor Ming berkata, ia bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI yang memfokuskan kepada dua
tonggak utama iaitu pertama, kesejahteraan dan ihsan dalam memberi keselesaan.

Manakala yang kedua ialah kesejahteraan kepada rakyat selaras dengan hasrat kementerian yang sentiasa prihatin terhadap kualiti kehidupan masyarakat.

Tapak lokasi sampah haram ditutup

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 15 kes pendakwaan mahkamah telah berjaya disabitkan kesalahan dengan jumlah denda sebanyak RM168,000 sepanjang tahun lalu.

Artikel lain: KPKT Berjaya Serah Kumpulan Pertama Simen Rahmah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penutupan tapak pelupusan sampah haram ke 2,093 ini melibatkan kekuatan anggota dan petugas seramai 44 orang daripada SWCorp, Alam Flora Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jumlah sisa pukal dan sisa binaan yang dibersihkan sebanyak 500 tan,” ujarnya.

Tapak lokasi sampah haram ditutup

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd