Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPK Sasar Kumpul 300,000 KG Minyak Masak Terpakai Pada Tahun Ini

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan 300,000 kilogram (KG) untuk dikumpulkan menerusi program pengumpulan minyak masak terpakai (UCO) pada tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, program kerjasama Petronas Dagangan Bhd (PDB) itu akan diperluaskan ke 50 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara dengan penyertaan seramai 15,000 orang awam.

Sasar kumpul 300,000 KG minyak masak terpakai

“Dari Julai 2023 sehingga Februari 2024, sebanyak 250,000 kg UCO berjaya dikumpulkan daripada 35 stesen minyak PETRONAS dengan penyertaan seramai 11, 593 orang awam.
“Harga pembelian semula UCO yang ditawarkan oleh pihak PETRONAS adalah RM3.00 ringgit sekilogram manakala RM2.50 sekilogram bagi kawasan di Semenanjung Pantai Barat, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program pengumpulan UCO sempena Ikhlas Ramadan bersama Gas Petronas di Tapak Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur hari ini.

Sempena Ramadan, Program Pengumpulan UCO termasuk diperluaskan di bazar yang terpilih seperti di Desa Pandan, Kuala Lumpur dan kawasan Selangor iaitu di USJ4, Bandar Kinrara, Puchong Prima dan Puncak Jalil (PUJ3).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Menang Tuntutan Diskriminasi Minyak Sawit, KPK Pejuang Keadilan Rakyat

Sementara itu, Johari berkata, usaha tersebut secara amnya sebagai persediaan untuk mengkomersialkan biobahan api penerbangan yang lestari atau Sustainable Aviation Fuel (SAF).

“Ia bagi memenuhi sasaran pertumbuhan neutral karbon di sektor penerbangan antarabangsa menjelang tahun 2050,” ujarnya.

Pada masa sama, program ini berupaya menjana pendapatan tambahan isi rumah serta mengembangkan potensi penghasilan biobahan api yang lestari menggunakan minyak masak terpakai bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah kaca (GHG).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd