Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KP Melaka Pertahan Kenyataan Isu Rekod Jenayah Kekasih Suspek – “Kalau Saya Salah, Saman Saya”

Ketua Polis Melaka, Datuk Dazulkhairi Mukhtar tampil menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan bahawa kekasih seorang suspek memiliki rekod jenayah, susulan pertikaian yang dibangkitkan peguan mewakili keluarga wanita terbabit.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kenyataan itu, Dzulkhairi menekankan polis hanya mengeluarkan maklumat yang berasaskan fakta dan bukannya sekadar desas-desus di media sosial.

rekod jenayah

“Kalau tidak ada fakta, kita tidak akan keluarkan sebarang kenyataan. Saya bercakap ini kerana ingin menjelaskan perkara yang tersebar di media sosial,” katanya.

Beliau menjelaskan, tuduhan bahawa wanita berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah telah mendorong pihak polis untuk memberi penjelasan rasmi.

Artikel lain: Wanita Dakwa Suami Dit*mbak Polis Bukan Isteri Tapi Kekasih! Ada 10 Rekod Jenayah – Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai dakwaan peguam bahawa wanita itu tidak pernah ditangkap, Dzulkhairi menegaskan kenyataan itu tidak tepat.

“Jika dia tidak pernah ditangkap, bagaimana ada rekod tangkapan? Wanita ini mempunyai 10 rekod tangkapan,” ujarnya.

rekod jenayah

Beliau menambah, tidak semua tangkapan akan berakhir dengan pertuduhan mahkamah, tetapi setiap tindakan tetap direkodkan oleh pihak polis.

“Ambil keterangan tidak semestinya membawa pertuduhan. Namun, setiap individu yang disyaki terbabit dalam kes tertentu tetap direkodkan,” jelasnya.

Dzulkhairi turut menegaskan bahawa sesiapa yang merasakan kenyataannya salah boleh mengambil tindakan undang-undang.

“Kalau rasa saya salah, saman saya. Jangan sekadar bercakap tanpa bukti,” tegasnya.

rekod jenayah

Terdahulu, peguam mewakili ahli keluarga tiga individu yang ditembal mati bulan lalu menafikan wanita terbabit mempunyai rekod jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam itu menegaskan, seseorang hanya akan mempunyai rekod jenayah sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, yang mana perkara itu tidak berlaku terhadap wanita tersebut.

Sumber: Harian Metro (Farhana Yaacob)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd