Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Korea Selatan: Mogok Doktor Pelatih, Kerajaan Mula Ambil Tindakan

Menteri Kesihatan Korea Selatan, Cho Kyoo-hong pada Isnin berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan “mogok secara haram” dan mengingkari arahan supaya kembali bertugas.

Kira-kira 9,000 doktor pelatih tidak hadir bertugas buat hari ke-14 berturut-turut pada Isnin kerana membantah rancangan kerajaan untuk menambah 2,000 lagi tempat di sekolah perubatan mulai tahun depan berbanding 3,058 sekarang.

Doktor pelatih mogok

Artikel lain: 1,912 Calon Simpanan Doktor Kontrak Dilantik Isi Baki Kekosongan Jawatan Tetap

“Kerajaan tegas dalam prinsip menentang protes besar-besaran itu,” lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Cho pada mesyuarat mengenai isu tersebut.
“Mulai Isnin, pihak berkuasa kesihatan akan memulakan siasatan di hospital bagi menentukan sama ada doktor pelatih telah kembali bekerja dan mengambil langkah mengikut undang-undang dan prinsip tanpa pengecualian jika mereka masih enggan bertugas,” katanya.

Pegawai kementerian berkata pihak berkuasa juga memulakan prosedur untuk menggantung lesen kira-kira 7,000 doktor pelatih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan memberi tempoh sehingga Khamis untuk mereka kembali bekerja dan memberi amaran bahawa mereka boleh dikenakan tindakan, termasuk hukuman jenayah atau pembatalan lesen doktor.

Sehingga Khamis lepas, daripada 8,945 doktor pelatih yang enggan bekerja, 565 telah kembali bertugas, menurut Yonhap.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd