Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Konon Berhijab, Tapi Teguk Alkohol.. Salun Rambut Didakwa Perlekeh Agama Islam!

Sebuah salun rambut di Subang Jaya, Selangor dikecam warganet apabila didakwa memaparkan elemen yang memperlekehkan agama Islam, khususnya berkaitan pemakaian hijab sambil meminum alkohol.

Isu tersebut menjadi perhatian selepas seorang pengguna aplikasi Threads, dikenali sebagai @w4terl1llys berkongsi tangkapan layar dan ulasan terhadap video yang dimuat naik dari akaun Instagram salun terbabit.

“Saya ternampak iklan untuk sebuah salun, tapi terus hilang minat lepas tengok Insta Story dimuat naik. Nampaknya mereka macam buat Secret Santa di mana ada orang dapat hadiah cantik dan hadiah buruk. Salah satu hadiah buruk ialah hijab,” tulisnya pada Isnin.

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan penampilan seorang individu yang ‘kononnya’ memakai hijab, namun meneguk tin minuman dipercayai mengandungi alkohol.

Sementara itu, menurut @w4terl1llys, kandungan tersebut bukan sahaja tidak sensitif, malah dilihat seolah-olah mempersendakan ajaran Islam apabila hijab digambarkan dalam konteks negatif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun sasaran pelanggan mereka mungkin bukan dalam kalangan Muslim, itu bukan alasan untuk menjadikan hijab sebagai bahan jenaka atau ejekan dan memuat naiknya secara terbuka,” ujarnya.

Isu berkenaan sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai menyuarakan rasa kesal terhadap kandungan yang dianggap tidak menghormati kepelbagaian agama dan budaya dalam masyarakat.

Tak lawak, biadab!

Dah nak masuk 2026, kenapa ada perangai macam ni lagi?

Boleh ganggu keharmonian negara

Sumber: Threads @w4terl1llys

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd