Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KKM Teruskan Operasi Ramadan 2024, Pastikan Makanan Yang Dijual Selamat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 secara serentak bermula 12 Mac ini di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan, aktiviti operasi ini melibatkan pemeriksaan premis serta persampelan makanan yang bermatlamat untuk memastikan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat, mematuhi Akta Makanan 1963 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Foto: The Star

“Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan sepanjang di sepanjang rantaian makanan meluputi peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga-peniaga yang sudah dilesenkan oleh PBT telah bermula sebelum Ramadan lagi”
“Ini diteruskan lagi dengan aktiviti pemeriksaan di premis-premis tumpuan seperti hotel-hotel yang menyediakan buffet Ramadan, premis-premis pembekal bahan mentah dan juga premis-presmis penyediaan ais,” kata KKM hari ini.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli ‘Perhati dan Pilih’ serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,
“Para peniaga pula dinasihatkan supaya membersihkan terlebih dahulu bahan mentah sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi terlalu awal daripada waktu untuk dijual,” ujarnya.

Pada masa yang sama, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam pengguna dan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd