Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kepimpinan Syarikat Atau Agensi Bawah KKDW Akan Ditukar Jika Gagal Capai KPI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi buat julung kalinya hadir memberi ucapan dalam Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Dan Ketua pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

kepimpinan syarikat di bawah KKDW

Perjumpaan untuk perkasa gerak kerja syarikat milikan agensi KKDW

Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk memperkasakan gerak kerja dan memastikan syarikat milikan agensi KKDW mendapat pulangan yang lebih daripada apa yang telah  dicapai pada tahun-tahun yang lalu.

Ujar Ahmad Zahid, sewaktu perjumpaan amanat Kementerian pada awal tahun tempoh hari, beliau mahukan keupayaan syarikat atau agensi dapat menumpukan kepada pulangan kewangan secara langsung mahupun tidak langsung beserta pendekatan ‘low cost, high profit’.

Pendekatan terbabit perlu disusuli dengan The Customer Satisfaction Index (CSI) atau Indeks Kepuasan Pelanggan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna dengan perkhidmatan ditawarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

kepimpinan syarikat di bawah KKDW

Jadi, konsep ‘cost center to profit center’ perlu diubah agar syarikat atau agensi kerajaan yang kukuh dari segi kewangan dapat lebih bersedia untuk memenuhi mandatnya dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Beri cadangan boleh dibincangkan kepimpinan syarikat di bawah KKDW

Beliau telah memberikan beberapa cadangan yang mungkin boleh dibincang bersama ketika mesyuarat Lembaga Pengarah nanti seperti Perancangan Strategik dan Penetapan Matlamat.

Tindakan tersebut boleh dimulakan dengan menjalankan analisis menyeluruh tentang operasi semasa syarikat, kedudukan pasaran dan cari ruang baharu yang berpotensi untuk pertumbuhan.

Tetapkan matlamat yang jelas dan boleh diukur untuk penjanaan hasil dan keuntungan, tanpa melupakan objektif penubuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

kepimpinan syarikat di bawah KKDW

Kepimpinan syarikat di bawah KKDW diberi amaran tegas

Selain itu, Pemantapan Operasi boleh dilakukan dengan mengurangkan kos yang tidak perlu dan maksimumkan produktiviti. Kalau ada lawatan luar negara sekiranya ia memberi impak minima, tangguh dahulu.

Ahmad Zahid juga menyarankan agar Keputusan dibuat berasaskan data sekaligus dapat mengukur prestasi lalu dan meramalkan atau mengoptimumkan prestasi masa hadapan.

Disamping itu, perkongsian pintar dengan menghapuskan pemikiran konvensional atau bekerja in silo dengan bekerjasama bagi melahirkan sebuah hasil yang mematuhi prinsip low cost – high impact.

Akhir sekali, beliau menyatakan yang Mengukur Prestasi dan Penambahbaikan Berterusan perlu dilaksanakan dengan mewujudkan  petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menjejaki kemajuan ke arah matlamat keuntungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya akan memantau setiap KPI syarikat dan tidak akan teragak-agak untuk menukar kepimpinan syarikat, mahupun Agensi, jika prestasi syarikat merosot atau gagal mencapai KPI yang ditetapkan, tanpa asas yang kukuh,” tegas beliau.

kepimpinan syarikat di bawah KKDW

Artikel lain: KKDW Sedia Platform Rangsang Kreativiti, Budayakan Inovasi

Nasihat buat kerja dengan amanah dan jujur

Susulan daripada itu, beliau menasihati agar para Ahli Lembaga Pengarah Dan Ketua pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW bertindak secara amanah dan jujur kepada syarikat serta pemegang saham pada setiap masa.

“Setiap keputusan yang diambil mestilah mendahulukan kepentingan syarikat dan Agensi, terutamanya dalam keputusan yang melibatkan kewangan, pelaburan ataupun perolehan
Kehadiran anda semua di dalam syarikat atau agensi bukan lah untuk duduk di atas kerusi empuk dan mendapat elaun semata-mata – tetapi kebijaksanaan anda ditagih untuk mencapai matlamat seperti yang saya ungkapkan dari awal ucapan saya tadi,” ujarnya.

Difahamkan, majlis berkenaan telah berlangsung pada 5 Februari 2024 dan dihadiri  Pengurusan Tertinggi KKDW, Ketua Agensi KKDW, Pengerusi dan ALP Agensi KKDW, Pengerusi dan ALP syarikat milikan Agensi KKDW dan juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milikan Agensi KKDW.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd