Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Ketua Jurulatih Arab Saudi Minta Aksi Persahabatan Bertemu Malaysia Dibatalkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan aksi persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi bulan depan terpaksa dibatalkan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata aksi menentang pasukan ranking ke-56 dunia itu yang dijadual berlangsung pada 4 Jan dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharu Arab Saudi Roberto Mancini.

Aksi persahabatan dibatalkan

Artikel lain: Tewaskan Taiwan, Skuad Harimau Malaya Dipuji FIFA Lagi

Beliau berkata Arab Saudi memaklumkan Mancini mencongak skuad kendaliannya berkemungkinan bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan sehingga 10 Feb depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan bakal bertemu di pusingan 16 terbaik pada 30 Jan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, hari ini.

Menurut Noor Azman, perlawanan persahabatan itu adalah aksi pemanas badan menjelang Piala Asia dan ia sudah lama dirancang dan dipersetujui kedua-dua pasukan sebelum ini.

Mancini, pengendali dari Itali antara jurulatih berprofil tinggi yang memiliki pengalaman luas di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan dengan rekod cemerlang bersama Manchester City dan Inter Milan, selain membimbing Itali muncul juara Eropah pada Euro 2020.

Bernama difahamkan FAM sedang berusaha mendapatkan pasukan setaraf dengan Arab Saudi ataupun sekurang-kurangnya menepati tuntutan diperlukan pasukan bimbingan Kim Pan Gon bagi mengharungi kempen Piala Asia, nanti.

Dengan masa yang singkat, FAM dijangka berdepan tugas mencabar apabila kebanyakan pasukan masing-masing sudah memuktamadkan aksi persahabatan lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia yang berjaya layak ke Piala Asia secara merit selepas 42 tahun akan membuka kempen Kumpulan E bertemu Jordan pada 15 Jan diikuti Bahrain (20 Jan) dan pasukan pilihan yang juga juara dua kali, Korea Selatan pada 25 Jan.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa skuad Harimau Malaya mencipta sejarah melepasi saingan peringkat kumpulan di Doha.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd