Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Empat Lelaki Ditahan Kes Ceroboh Kuil Di Rawang

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama.

Kes ceroboh kuil di Rawang

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penahanan tersebut dibuat susulan aduan yang diterima daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil telah dirobohkan tanpa ada perbincangan serta tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengadu sebelum aktiviti pembersihan tersebut dilakukan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kes ceroboh kuil

Foto: Facebook Arun Dorasamy

Traktor dirampas dalam kes ceroboh kuil

Shazeli berkata empat lelaki yang ditahan itu berusia 26 hingga 39 tahun dan pihaknya turut merampas sebuah traktor pertanian (backhoe).

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta kekal rasional dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum, agama atau mengganggu ketenteraman awam.
“Polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan adil berlandaskan lunas undang-undang,” ujarnya.

Artikel lain: Pengerusi Kuil Didakwa Ceroboh Tanah Milik Orang Lain

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kes ceroboh kuil

Foto: Facebook Arun Dorasamy

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Eqhmal Hakimi Zainodin 013-611 7371 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polid Daerah Gombak 03-6126 2222.

Terdahulu, media melaporkan seorang aktivis kempen membantah kuil yang dibina tidak mengikut peraturan ditahan polis selepas disyaki merobohkan kuil di Taman Rawang Perdana awal pagi Rabu.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Lokal

Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd