Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kerap Bersama, Song Hye Kyo Dan Lee Min Ho Ada Hubungan Serius?

Nama pelakon Korea Selatan terkenal, Song Hye Kyo dan Lee Min Ho menjadi bualan hangat netizen apabila mereka dikatakan mempunyai hubungan yang serius kerana dilihat kerap bersama.

Menerusi laporan mStar, difahamkan Song Hye Kyo telah berangkat ke Milan dan London bagi menghadiri acara fesyen Fendi namun khabar angin kuat mengatakan aktres yang berusia 41 tahun itu sebenarnya memberi sokongan kepada Lee Min Ho.

Mana tidaknya, Lee Min Ho yang juga merupakan duta Fendi dipercayai sudah berangkat ke Milan lebih awal berbanding Song Hye Kyo.

Namun begitu, sejauh mana kesahihan khabar angin tersebut masih tidak dapat dipastikan lagi kerana kedua-dua pelakon itu hanya berkunci mulut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kecoh di media sosial bekas suami Song Hye Kyo iaitu Song Joongki mendedahkan dia sudah berkahwin bersama wanita pilihannya yang berdarah British bernama Katie Louise Sauders.

Apa yang lebih mengujakan lagi, Song Joongki bukan sahaja mengumumkan dirinya sudah menjadi suami kepada katie malah, isterinya itu kini sedang berbadan dua.

Sekadar info, Song Hye-kyo pernah mendirikan rumah tangga dengan Joong-ki pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).

Namun, rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila pasangan selebriti itu disahkan telah bercerai pada Julai 2019 dah hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd