Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Kenapa Tak Cakap Mandarin?”- Penumpang China Amuk, Persoal Kru Kabin Berbahasa Inggeris!

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan kru kabin yang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Hasil semakan, insiden itu berlaku dalam penerbangan AirAsia X D7809 yang dijadualkan berlepas pada jam 2 pagi Rabu (22 April).

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan wanita berkenaan mempertikaikan tindakan kru kabin menggunakan Bahasa Inggeris ketika berurusan dengannya, selain mendakwa kru sepatutnya boleh berbahasa Mandarin.

“Kenapa kru kabin dalam penerbangan antarabangsa tidak boleh bercakap Bahasa Mandarin?
“Kalau dia tak boleh cakap Mandarin asas pun, dia tidak layak berada dalam industri perkhidmatan,” katanya.

Keadaan menjadi tegang apabila wanita itu meninggikan suara ketika kru darat cuba menenangkannya, namun kru berkenaan kekal tenang sepanjang insiden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis lapangan terbang kemudian dimaklumkan dan hadir ke dalam pesawat bagi mengawal keadaan.

Wanita itu pada awalnya bersetuju untuk menaiki penerbangan lain, namun kemudian bertukar nada dan menuntut penjelasan serta pampasan.

“Boleh tak sesiapa jelaskan apa kesalahan saya?
“Siapa akan ganti rugi masa dan wang saya yang hilang? Kalau tak nak bayar pampasan, jangan benarkan penerbangan ini berlepas. Saya dari China,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan tidak wajar dalam konteks penerbangan antarabangsa, selain menegaskan penggunaan Bahasa Inggeris adalah standard komunikasi global.

Sementara itu, kru kabin AirAsia X, Syafiq Jisma, berkata insiden bermula apabila penumpang itu menjadi agresif selepas rakannya gagal melepasi pemeriksaan imigresen sebelum keadaan menjadi semakin tegang walaupun usaha menenangkan dan bantuan penterjemah dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kapten kemudian membuat keputusan untuk kembali ke parkir pesawat bagi mengawal situasi.

AirAsia X dalam kenyataan mengesahkan insiden itu dan memaklumkan penumpang berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Artikel lain: Pelancong India Mengamuk, Dapat Burger ‘Non Vege’ Dibeli Di McD KLIA

Keputusan dilakukan atas faktor keselamatan sebelum penerbangan berlepas semula dengan kelewatan kira-kira 1.5 jam dan tiba dengan selamat di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat penerbangan itu turut menegaskan komitmen terhadap keselamatan serta profesionalisme kru dalam mengendalikan situasi berkenaan.

Sumber: X Byron_Wan

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd