Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kelayakan Piala Dunia 2026: Ada Satu Lagi Konsert? FAM Sedia Ketepikan SNBJ

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menolak bagi mengetepikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekiranya padang gelanggang tersebut masih terjejas sebelum baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Menurut laporan Astro Awani, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM Mohd Firdaus Mohamed, berkata pihaknya sudah pun mengenal pasti gelanggang yang sesuai digunakan iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Foto: Utusan

“Kami akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di SNBJ. Ini pun memberi kita satu tekanan sama ada mahu digunakan atau tidak,” katanya.

Beliau juga memberitahu keputusan itu dibuat setelah beberapa kali kritikan mengenai kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyediakan permukaan padang SNBJ yang terbaik dan sesuai untuk diguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tapi akhirnya kami akan lihat, selepas ini kami tiada kompromi mengenai situasi padang, jika boleh digunakan kami akan guna.

Foto: FB Harimau Malaya

“Keutamaan kami adalah pemain, kami tidak mahu pemain cedera. Itulah periuk nasi mereka,” ujarnya.

Sementara itu, skuad Harimau Malaya dilaporkan mempunyai baki dua perlawanan lagi dalam Kumpulan B yang mana perlawanan terakhir mereka akan bertemu dengan Chinese Taipei dan dijangka berlangsung di SNBJ tersebut.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd