Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kawan-Kawan, Anggaplah Dia Sebiji Epal Busuk – Lee Chong Wei

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpendapat supaya orang ramai menganggap bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik yang menyentuh sensitiviti perkauman sebagai sebiji epal yang busuk.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh chong Wei baru-baru ini menerusi sebuah hantaran di laman Facebooknya yang turut memuji tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman.Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.
“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan. Terima kasih kepada YB atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya.

Terdahulu, tular video di laman sosial yang memaparkan Guang Yik melemparkan kenyataan berbaur perkauman susulan kritikannya mengenai pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malah, difahamkan Guang Yik yang kini merupakan jurulatih untuk pasukan di negara China telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada  Persatuan Badminton China (CBA) berkenaan jurulatih yang berpengkalan di negara tersebut.

Sumber: Facebook @Lee Chong Wei

+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd