Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kapal Tangki China Dalam Senarai Dikehendaki AS Lepasi Selat Hormuz, Tembus Sekatan

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan pertama yang diketahui ketika situasi sekatan dan ketegangan masih berterusan di kawasan strategik itu.

Syarikat perkapalan Shanghai Xuanrun Shipping yang turut disenaraikan dalam senarai sekatan AS merupakan pemilik kepada kapal pengangkut minyak dan bahan kimia berkenaan.

Data MarineTraffic menunjukkan kapal tersebut memasuki dan melalui selat berkenaan pada awal pagi Selasa selepas dikesan berlegar di kawasan berhampiran laluan perairan strategik itu pada Isnin.

Kapal berkenaan sebelum itu dilaporkan berlepas dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kini sedang belayar menuju ke destinasi akhirnya di China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah lagi kapal tangki yang berlepas dari hab eksport minyak Pulau Kharg, Iran turut dikesan berada di Selat Hormuz pada Isnin.

Artikel lain: Selat Hormuz Dipegang Satu Negara, Tapi 70% Bekalan Tenaga Lalu Laut Indonesia – Prabowo

Kapal itu didakwa memancarkan data Sistem Pengenalan Automatik (AIS) palsu bagi menunjukkan ia belayar dari Arab Saudi.

Sejak tercetusnya konflik, banyak kapal dilaporkan cuba mengelak pengesanan pergerakan dengan memanipulasi data AIS atau mematikan isyarat sepenuhnya bagi mengaburi pihak berkuasa maritim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Anadolu Ajansı 

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd