Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Berang Pemandu E-Hailing Tiada Baki Duit Kecil, Lelaki Naik Angin Kasari Isteri

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7.

Pemandu tiada baki duit kecil

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, pemandu terbabit dikenali sebagai Stanley Loi mendakwa kejadian berlaku di kawasan Seremban Delima apabila pelanggan berkenaan menyerahkan wang RM50 untuk membayar tambang.

Namun, dia memaklumkan tidak mempunyai wang kecil yang mencukupi untuk memulangkan baki.

Berlaku perbalahan mulut

Menurut pemandu itu, dia cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik dengan mencadangkan agar pelanggan menyediakan wang kecil seperti RM10 atau RM20 bagi memudahkan urusan pembayaran tambang rendah pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, keadaan dikatakan bertukar tegang apabila pelanggan tersebut tidak berpuas hati dan mendakwa menjadi tanggungjawab pemandu untuk menyediakan baki wang kecil.

Situasi itu kemudian dipercayai bertukar menjadi pertengkaran mulut selepas pelanggan mula meninggikan suara di dalam kenderaan.

Isteri cuba tenangkan tapi ditampar

Lebih mengejutkan, pemandu berkenaan turut mendakwa pelanggan lelaki itu menampar isterinya sendiri ketika wanita terbabit cuba meredakan keadaan.

Disebabkan rasa tidak selesa, dia akhirnya meminta pasangan tersebut turun daripada kenderaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengalaman pertama macam ini

Pemandu itu berkata, dia pada awalnya bercadang untuk membenarkan tambang tersebut dibayar secara percuma sekiranya isu baki tidak dapat diselesaikan. Namun selepas insiden berlaku, dia terus membuat laporan kepada pihak Grab.

Menurutnya lagi, pelanggan terbabit turut menghantar mesej menerusi aplikasi selepas kejadian dan didakwa mengugut untuk membuat laporan balas. Walau bagaimanapun, pemandu itu mendakwa mempunyai rakaman video sebagai bukti.

“Lebih tiga tahun memandu, ini kali pertama jumpa pelanggan macam ni,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pemandu e-hailing berkenaan selain berharap aspek keselamatan pemandu terus diberi perhatian.

Sumber: Thread Stanley Loi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd