Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Selat Hormuz Dipegang Satu Negara, Tapi 70% Bekalan Tenaga Lalu Laut Indonesia – Prabowo

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian global.

Menerusi laporan Kompas.com, Prabowo berkata, laluan perairan seperti Selat Melaka, Selat Sunda dan Selat Makassar memainkan peranan penting sama seperti Selat Hormuz di Timur Tengah yang menjadi tumpuan dunia ketika konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Beliau berkata, Selat Hormuz yang mempunyai kelebaran sekitar 60 kilometer mampu mempengaruhi kehidupan banyak negara di dunia, khususnya ketika konflik di Timur Tengah yang memberi kesan kepada bekalan tenaga global.

“Peperangan di Timur Tengah membuktikan satu Selat Hormuz menentukan kelangsungan hidup banyak bangsa, menentukan harga minyak.
“Dan sekarang peranan Selat Hormuz itu dipegang oleh satu negara. Tapi sedarkah kita bahawa sebanyak 70 peratus bekalan tenaga Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China dan Filipina melalui laut-laut Indonesia.
“Sedarkah kita bahawa Selat Melaka, Selat Sunda, Selat Makassar dan sebagainya itu adalah laut Indonesia? Sedarkah kita betapa pentingnya Indonesia?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan rapat kabinet di Istana Kepresidenan Republik Indonesia, Jakarta, pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prabowo menjelaskan, kedudukan strategik itu menjadikan Indonesia sentiasa mendapat perhatian dunia sekali gus menuntut negara itu diurus dengan bijaksana.

Menurutnya, beliau mengumpulkan para menteri dan pegawai kerajaan dalam pertemuan berkenaan bagi memastikan negara itu ditadbir dengan cekap dan berkesan memandangkan peranannya yang penting dalam ekonomi global.

“Maksud dan tujuan saya memberi arahan ini adalah kerana pentingnya peranan kita. Sebab itu kita mesti memimpin bangsa, mengendalikan negara ini dengan baik, tepat dan handal,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh isu bekalan tenaga global yang menjadi kebimbangan susulan tercetusnya konflik antara Iran dengan AS serta Israel.

Namun, Prabowo berkata, hasil kajian mendapati ekonomi Indonesia masih mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menghadapi kesan daripada situasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Rupanya selepas kita mengkaji, kita mempunyai kekuatan ekonomi yang cukup kukuh,” jelasnya.

Sumber: Kompas.com

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd