Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kapal Selam Hilang Selepas Bawa Lima Jutawan Lawat Titanic Karam

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah kapal selam yang membawa lima krew yang berhampiran bangkai Titanic di pantai timur Kanada.

Menurut laporan Sinar Harian, syarikat OceanGate Expeditions telah mengendalikan kapal sepanjang 6.5 meter tersebut mula menyelam pada Ahad namun dilaporkan terputus hubungan dengan darat kurang dua jam berada di dasar laut.

Operasi mencari kapal tersebut kini dipergiatkan dengan melancarkan dua pesawat untuk meninjau di kawasan terpencil di Atlantik Utara, manakala rakan sejawatan dari Kanada turut mengerahkan sebuah pesawat dan kapal.

Namun, setakat ini tiada laporan penemuan atau isyarat sejak ia hilang dan Pegawal Pantai AS yang berpangkalan di Boston berkata bahawa operasi mencari menggunakan pesawat ‘telah selesai’ setakat Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, teknik pelampung untuk mengimbas bawah permukaan akan diteruskan oleh pencari pesawat Kanada sehingga ia dijumpai.

Salah seorang penumpang dikenal pasti sebagai ahli perniagaan British, Hamish Harding yang mempunyai syarikat penerbangan telah menyiarkan mengenai ekspedisi dalam media sosial.

Selain itu, seorang ahli perniagaan Pakistan, Shahzada Dawood yang juga pengerusi konglomerat Engro dan anaknya Suleman dilaporkan turut berada dalam kapal tersebut.

Difahamkan juga, submarine tu dikawal menggunakan Logitech Gaming Controller dan harga tiket sekitar $250K (RM1.16 juta) seorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd