Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kanye West Sudah Berkahwin Secara Tertutup, Pereka Fesyen Jadi Pilihan Hati

Siapa sangka, penyanyi rap , Kanye West dipercayai sudah membina mahligai bersama wanita pilihannya Bianca Censori yang merupakan pereka fesyen bagi jenama Yezzy.

Menurut laporan TMZ, pasangan merpati dua sejoli ini berkahwin di sebuah lokasi yang tidak didedahkan kepada umum di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Difahamkan, Bianca telah mula bekerja sebagai pereka fesyen di syarikat milik Kanye itu sejak tiga tahun lepas iaitu pada tahun 2020.

Bagaimanapun, Kanye dan Bianca telah berjaya mengkaburi mata ramai memandangkan umum tidak mengetahui sejak bila mereka menjalinkan hubungan cinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, khabar angin yang tersebar luas mengenai perkahwinan itu Kanye belum lagi memberikan sebarang penjelasan kepada media dan juga orang ramai.

Sekadar info, Kanye pernah mendirikan rumah tangga bersama  Kim Kardashian pada Mei 2014 dan bercerai pada Februari tahun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

Sumber: TMZ 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd