Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jenazah Guru Pelatih Terkena Renjatan Dijangka Dikebumikan Di Sabah

Jenazah guru pelatih yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika membantu melakukan kerja pasca banjir di sebuah sekolah di Segamat, Johor dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Sabah.

Menurut laporan BH Online, jenazah Saiful Asyraf Mukhtar masih ditempatkan di Jabatan Forensik, Hospital Daerah Segamat (HDS) sementara dituntut oleh warisnya.

Selasa pagi akan diterbangkan ke Sabah

“Jenazah masih berada di Jabatan Forensik HDS, belum dituntut kerana waris bercadang membawanya pulang untuk dikebumikan di Membakut, Penampang.
“Proses membabitkan urusan penerbangan untuk membawa jenazah biasanya mengambil masa,” kata sumber.

Waris dan ahli keluarga Allahyarham yang berusia 21 tahun itu dipercayai sibuk menguruskan beberapa perkara berkaitan dokumen sebelum menuntut jenazah.

Segamat – KLIA – Kota Kinabalu

Semalam, media melaporkan guru pelatih dari Institiut Pendidikan Guru (IPG) Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur itu maut selepas terkena renjatan ketika sedang membersihkan kerusi dan meja di luar makmal Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Allahyarham yang hadir bersama sekumpulan rakan guru pelatih sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ sebelum berlaku renjatan yang kemudiannya rebah.

Sumber: BH Online (Ahmad Ismail), Facebook search

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd