Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Sayang..”- Tular Foto Peluk Wanita, Jefri Nichol Dah Jumpa Pengganti Ameera Khan?

Jefri Nichol Dah Jumpa Pengganti Ameera

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai kekasih baharu.

Menerusi kapsyen perkongsian berkenaan, wanita itu menulis ringkas ‘Sayang’ disertakan emoji hati putih serta menandakan akaun Instagram milik Jefri Nichol, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Video dan gambar mesra itu secara tidak langsung menguatkan andaian bahawa pelakon terbabit telah memutuskan hubungan dengan pempengaruh popular, Ameera Khan, yang sebelum ini sering dikaitkan dengannya.

Jefri Nichol Dah Jumpa Pengganti Ameera Khan?

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen perkongsian tersebut dibanjiri komen netizen menggunakan dialek Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:  Jefri Nichol Masih Teruna, Bersumpah Tak Pernah Tiduri Lebih 20 Wanita

Ada yang menyindir Jefri kononnya ‘menurunkan standard’, tidak kurang juga yang mempertikaikan sikap serta pilihan pelakon itu, manakala sebahagian lain sekadar berseloroh dengan gaya bahasa negeri Pantai Timur berkenaan.

Dalam masa sama, nama Ameera Khan turut menjadi sebutan apabila perbandingan mula dibuat oleh netizen, malah ada yang mengaitkan isu tersebut dengan hubungan lama yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jefri Nichol mahupun Ameera Khan berhubung status sebenar hubungan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads nabil_ahhhhh

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd