Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jangan Persoal! Istilah Kuil Haram Tepat Dari Sudut Perundangan – Peguam

Penggunaan istilah “rumah anutan haram” atau “kuil haram” bagi merujuk kepada struktur ibadat yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa adalah tepat dari sudut perundangan dan tidak wajar dipolemikkan sehingga menjejaskan prinsip penguatkuasaan undang-undang.

Istilah kuil haram tepat

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menjelaskan bahawa istilah berkenaan digunakan semata-mata untuk menggambarkan status pembinaan yang tidak mematuhi kehendak undang-undang, dan sama sekali tidak menyentuh atau memperlekeh kepercayaan serta anutan agama itu sendiri.

“Adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak termasuk pimpinan kerajaan negeri cuba menyekat penggunaan istilah betul itu semata-mata atas alasan sensitiviti kaum yang tidak berasas.
“Sensitiviti kaum ataupun agama tidak boleh secara salah dikompromi atau menggadaikan penggunaan betul istilah bahasa perundangan berkaitan maksud sebenar ‘rumah anutan atau kuil haram’ berkenaan.
“Jika bahasa itu difahami secara betul, maka sensitiviti yang salah itu tidak mungkin muncul,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.
Istilah kuil haram

Foto: Facebook Haniff Khatri

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu yang menasihatkan orang awam agar tidak menggunakan istilah “haram” kerana didakwa membawa konotasi menghukum serta berpotensi menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk.

Artikel lain: Jawatankuasa Kuil Hindu KL Tolak RM1 Juta Jakel, Dakwa Langgar ‘Aku Janji’ Kerajaan

Istilah kuil haram

Foto: Facebook Selangor Sejahtera

Sementara itu, Mohamed Haniff menyifatkan tindakan Papparaidu sebagai cubaan memberi saranan yang menyimpang daripada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul serta prinsip perundangan.

“Setiap pihak perlu menghormati kaedah maksud bahasa, apatah lagi ia melibatkan Bahasa Melayu yang menjadi laras utama dalam perundangan negara.
“Penggunaan laras bahasa dari sudut perspektif itu hendaklah difahami dengan lengkap dan betul.
“Justeru, penggunaan frasa tersebut sememangnya tepat merujuk kepada ketidakpatuhan perundangan dalam pengwujudan struktur tersebut,” katanya lagi,” ujarnya.

Foto: Facebook Haniff Khatri

Malah tambahnya, istilah itu sama sekali tidak boleh ditafsirkan sebagai merujuk atau menyerang mana-mana anutan agama.

“Keharmonian masyarakat tidak seharusnya dibina di atas kekeliruan bahasa yang akhirnya boleh melemahkan penguatkuasaan terhadap pembinaan struktur secara menyalahi undang-undang di tanah swasta mahupun tanah awam.
“Kalau tidak tahu menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongket,” tambahnya lagi.

Sumber: Malaysia Gazette ( Haslina AR Kamaludin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd