Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jawatankuasa Kuil Hindu KL Tolak RM1 Juta Jakel, Dakwa Langgar ‘Aku Janji’ Kerajaan

Jawatankuasa pengurusan Kuil Hindu KL, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman menolak tawaran “muhibah” bernilai RM1 juta daripada Jakel’s Trading yang meminta kuil itu mengosongkan tapak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur dalam tempoh tujuh hari, dengan mendakwa tuntutan tersebut bercanggah dengan aku janji kerajaan sebelum ini.

Kuil Hindu KL tolak RM1 juta

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Setiausaha kuil, G Kaarthik menyatakan arahan pada Mac 2025 oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Dr Zaliha Mustafa telah memberi komitmen bahawa kuil berkenaan tidak akan dipindahkan sehingga proses penempatan semula ke premis baharu diselesaikan sepenuhnya.

“Kami ambil perhatian bahawa sehingga kini, Jakel Trading tidak membantah perjanjian dan aku janji kerajaan pada Mac 2025.
“Oleh itu, kami amat kesal dengan tuntutan anda yang tiba-tiba dan tidak munasabah agar kami mengosongkan tanah tersebut, tanpa menghiraukan dan bercanggah aku janji kerajaan,” katanya dalam sepucuk surat kepada pengarah syarikat itu, Faroz Jakel dan Nizam Jakel.

kuil hindu kl

Kuil Hindu KL akan ambil tindakan jika notis tak dipatuhi

Sebelum ini, Kaarthik memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan nasihat undang-undang susulan penerimaan notis bertarikh 13 Januari yang menggesa kuil itu segera mengosongkan tanah milik Jakel bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan yang dijadual bermula dalam tempoh sebulan.

Jakel turut memaklumkan bahawa RM1 juta telah diperuntukkan dan boleh dikeluarkan oleh peguam syarikat selepas pengesahan bahawa kuil itu telah mengosongkan sepenuhnya tapak berkenaan, selain memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil sekiranya notis tersebut gagal dipatuhi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu disahkan oleh Nizam Jakel ketika dihubungi.

Dalam masa sama, Kaarthik menegaskan tiada sebarang kelewatan dalam usaha pemindahan kuil, sebaliknya menjelaskan proses tersebut mengambil masa kerana kelulusan pelan bangunan baharu hanya diterima pada November 2025, manakala tanah baharu diwartakan pada 10 Disember tahun lalu.

“Dan hanya semalam, 15 Januari 2026, kami diberitahu melalui e-mel bahawa pemilikan kosong plot tersebut telah siap. Pendek kata, kami telah cuba teruskan pemindahan secepat mungkin sejak tahun lepas,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap nada ugutan yang digunakan, menyifatkannya sebagai “tidak sesuai dan tidak boleh diterima”, selain mendakwa ia bercanggah dengan aku janji kerajaan termasuk dakwaan kelulusan pembangunan oleh DBKL.

“Jika kelulusan sedemikian telah diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tanpa pengetahuan kami, kerajaan wajib membatalkannya, kerana kerajaan terikat dengan aku janji 25 Mac 2025.

“DBKL sebagai badan kerajaan tidak boleh bertindak menentang aku janji awam yang dibuat oleh kerajaan sendiri,” tegasnya.

Artikel lain: Jakel Beri Kuil Hindu KL Tempoh 7 Hari Untuk Pindah, Sedia Salur Sumbangan RM1 Juta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertikaian tanah kuil ini sebelum ini menarik perhatian umum selepas rancangan pembangunan masjid di tapak berkenaan mencetuskan perbahasan awam, sebelum DBKL bersetuju memindahkan kuil itu ke tapak baharu kira-kira 50 meter dari lokasi asal, namun proses penempatan semula masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd