Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau turut menyentuh latar belakang Nurul Izzah sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun memilih untuk membawa diri dengan penuh kesederhanaan.
Menurut Krisdayanti, kepimpinan Nurul Izzah menjadi inspirasi kepada wanita untuk terus berani tampil di ruang awam dengan penuh empati dan keteguhan prinsip.
“Di balik nama besar ayahandanya PM Malaysia memilih berjalan dengan langkah sederhana. Kerendahan hati adalah kekuatan yang paling nyata.
“YB Nurul Izzah, satu kehormatan saya bertemu dengan sosok perempuan yang konsisten memperjuangkan nilai, integriti, dan harapan bagi masyarakat.
“Semoga langkah beliau terus membawa dampak baik, tidak hanya untuk Malaysia, tetapi juga bagi perempuan di kawasan kita,”katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa gembira apabila berpeluang berkongsi minat terhadap sukan bersama Nurul Izzah dalam suasana santai.
Menurut Krisdayanti, kepimpinan Nurul Izzah menjadi inspirasi kepada wanita untuk terus berani tampil di ruang awam dengan penuh empati dan keteguhan prinsip.
Artikel lain: Enggan Runding Selat Hormuz? Nurul Izzah Sifatkan Pendirian Singapura Pendekatan Strategik Sempit
Perkongsian itu turut mencuri perhatian ramai apabila memaparkan hubungan mesra antara dua figura wanita berpengaruh dari negara serantau, selain mencerminkan nilai kepimpinan yang berteraskan integriti dan keprihatinan.
Dalam masa sama, pertemuan tersebut turut memperlihatkan sisi santai kedua-duanya apabila berkongsi minat terhadap sukan sebagai aktiviti bersama.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

















































