Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Inara Rusli Cari Pengganti Virgoun -“Good Looking, Tak Selekeh”

Bekas isteri kepada penyanyi terkenal, Virgoun iaitu Inara Rusli mendedahkan dia kini sedang cari pengganti sebagai teman hidupnya selepas bercerai pada 10 November lalu.

Menurut laporan mStar, Inara atau nama sebenarnya Inara Idola Rusli memberitahu rupa paras tampan serta tidak selekeh adalah ciri-ciri lelaki yang diinginkan untuk menjadi pasangan.

Inara Rusli cari pengganti Virgoun

Artikel lain: Konflik Sudah Berakhir, Virgoun & Inara Rusli Sah Bercerai

Bukan itu sahaja, bakal suaminya itu haruslah pandai bergaya dan berharap mampu untuk memimpin keluarga dengan baik selain mempunyai kewangan yang stabil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepertinya saya mahukan seorang lelaki yang good looking. Dan dia juga lebih pandai untuk berfesyen,” katanya.

Terdahulu, mahkamah telah mengesahkan Inara dan Virgoun bercerai selepas lebih tujuh bulan mengalami konflik rumah tangga sehingga menjadi bualan hangat ramai.

Bukan itu sahaja, Inara turut diberikan sepenuhnya hak penjagaan anak-anak bahkan turut menerima nafkah edah, mutaah.

Sekadar info, Virgoun dan Inara membina mahligai pada 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd