Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Inara Rusli Akhirnya Tarik Balik Laporan Zina Selepas Berjaya Dipujuk Virgoun

Penyanyi Virgoun dan isterinya, Inara Rusli telah memilih jalan berdamai berhubung dakwaan penyanyi itu melakukan zina walaupun kes penceraian mereka masih lagi dalam proses.

Menurut laporan Detik, keputusan itu dimaklumkan sendiri oleh peguam Inara yang telah menerima panggilan daripada Virgoun yang meminta isterinya itu menarik semula laporan sebelum ini.

Pada masa yang sama, Inara turut mahu berdamai bersama dengan wanita yang dikenali sebagai Tenri Anisa yang mempunyai hubungan bersama suaminya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 𝐼 𝑁 𝐴 𝑅 𝐴 μ΄λ‚˜λΌ (@mommy_starla)

“Bukan hanya Virgoun yang mahu berdamai, malah anak guam kami juga memilih jalan sama. Inara juga berharap laporan terhadap dirinya atas dakwaan memburukan nama Tenri ditarik semula,” jelas wakil peguam

Difahamkan, Inara membuat laporan polis selepas Tenri Anisa didakwa melakukan penzinaan bersama Virgoun. Disebabkan itu, Tenri turut membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang susulan namanya didedahkan kepada umum di media sosial.

Bagaimanapun, Inara dan Virgoun telah bersatu hati untuk tidak meneruskan isu tersebut kerana mahu fokus kepada kerjaya masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tenri Anisa

“Inara penat berdepan dengan perkara ini. Laporan polis yang dibuat akan membuang masa kerana dia kini sibuk dengan perniagaan.
“Dia penat sekiranya perlu berulang-alik untuk memberi keterangan,” jelas peguamnya.

Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.

Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.

Sumber: Detik (Muhammad Ahsan Nurrijal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd