Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ibu Bapa Didakwa Bunuh Anak Kerana Muntah Di Pasar Mini

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas kejadian muntah di sebuah pasar mini di Kabupaten Bekasi di Jawa Barat, pada 5 Januari lalu.

Foto:Antara News

Menurut laporan Antara News, mayat mangsa yang berusia lima tahun dibungkus lalu dibuang di sebuah kedai kosong.

“Pada 5 Januari sekitar pukul 9.30 malam, kejadian bermula apabila mangsa muntah di bahagian hadapan kedai serbaneka tempat kedua-dua suspek AZR (19) dan SD (22) biasa mengemis,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Metro Jakarta, Pesuruhjaya Kanan Polis Wira Satya Triputra dalam sidang media di Jakarta, baru-baru ini.

muntah

Foto: Metro TV News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Wira, kedua-dua suspek telah ditegur oleh pekerja kedai serbaneka dan diminta bertanggungjawab atas kejadian muntah tersebut.

“Disebabkan rasa malu, mangsa telah dibawa ke tempat rehat mereka di sebuah kedai yang kosong, dimana kedua-dua suspek telah memukul dan menganiaya mangsa,” ujarnya.

Wira memberitahu bahawa AZR selaku bapa mangsa telah memukul dan menendang dada termasuk bahagian muka serta kepala mangsa sehingga terhantuk pada pintu selain menampar pipi mangsa sebanyak dua kali.

Artikel lain: Bayi Maut: Taska Tidak Berlesen Diarahkan Tutup, Disita

“Manakala SD selaku ibu mangsa pula telah menampar mulut mangsa sebanyak dua kali, menampar pipi sekali, dan mencubit paha tiga kali,” ujarnya.

Pihak polis berjaya menahan kedua-dua suspek tiga hari selepas kejadian di stesen minyak Darussalam 3, yang terletak di Jalan Raya Pangulah, Pangulah Utara, Kecamatan Kota Baru, Karawang, Jawa Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua suspek kini menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 76C dibaca bersama Seksyen 80(3) Akta Perlindungan Kanak-kanak serta Seksyen 170(2) dan Seksyen 351(3) Kanun Keseksaan.

“Mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun,” tegas Wira.

Sumber: Antara News

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd