Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hujan Berterusan, Peminat Bimbang Konsert Blackpink Esok -“Bawa Pelampung Semua”

Tidak dapat dinafikan, para peminat Blackpink pasti tidak sabar dan teruja menantikan konsert jelajah dunia kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink yang bakal berlangsung pada esok hari di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Namun begitu, hujan yang berterusan melanda di beberapa negeri telah mencetuskan kebimbangan peminat jika ia akan menyebabkan konsert kumpulan tersohor tersebut ditangguhkan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia menunjukkan keadaan Stadium Bukit Jalil yang dihujani hujan yang lebat.

@momolattee

LITERALLY A SHUT DOWN #BORNPINKinMY #BORNPINKinKL #BLACKPINKinMY #BLACKPINKinKL @blackpinkofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Shut Down – BLACKPINK

Macam mana kalau konsert tiba-tiba tangguh atau cancel?

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan cuaca di Malaysia pada ketika ini yang berkemungkinan membatalkan konsert jelajah dunia kumpulan tersohor tersebut.

Bawa pelampung ya semua!

Bukan itu sahaja, ramai sempat berseloroh supaya pengunjung yang bakal hadir esok hari untuk membawa pelampung sambil ‘healing’ mendengar persembahan Blackpink.

Sumber: TikTok @momolattee

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd