Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Sejak Isnin Lalu, Polis Mohon Bantuan Cari Kanak-Kanak Perempuan Hilang

Pihak polis meminta bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai telah hilang sejak Isnin lalu.

Menerusi kenyataan media, Ketua Polis Daerah Muar,  ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kehilangan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun iaitu Thiriyashini A/P Murali Krishna yang beralamat di no 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.

Foto: NSTP

Selain daripada berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan kanak-kanak tersebut, Raiz turut menjelaskan tentang ciri-ciri fizikal yang ada pada Thiriyashini bagi memudahkan orang ramai untuk mengesan individu terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Thiriyashini berketinggian 158cm dengan berat 40kg. Dia memiliki bentuk badan yang kurus, berambut lurus serta berkulit gelap,” katanya pada Khamis.

Foto: FB Polis Daerah Muar

Dalam pada itu, Raiz turut memohon bantuan orang ramai yang memiliki maklumat mengenai individu tersebut untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9564800 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lokasi individu berkenaan boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amy Ng Heng Shi di talian 016-6870718,” ujarnya lagi.

Sumber : Facebook Polis Daerah Muar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd