Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Sejak Disember Tahun Lalu, Polis Masih Jalankan Siasatan Cari Cikgu Istiqomah

Polis masih menjalankan siasatan untuk mencari seorang guru wanita dari Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor yang dilaporkan hilang sejak 26 Disember tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak menyatakan bahawa laporan berhubung kehilangan wanita berusia 33 tahun itu telah diterima pada pukul 12.36 tengah malam, 27 Disember 2023.

Foto: NST

Menurutnya, laporan kes kehilangan mangsa, Istiqomah Ahmad Rozi ini telah diterima dan pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan jejak wanita berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, laporan mengenai kes ini ada diterima dan kes masih dalam siasatan serta usaha mengesan juga masih diteruskan,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, kes kehilangan Istiqomah menjadi tular di media sosial apabila dia dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar bekerja pada hari tersebut.

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, kereta dan kunci kenderaan yang dinaiki oleh Istiqomah telah ditemui di sekitar Lotus Kota Masai sekitar jam 2 petang pada tanggal 27 Disember lalu.

Susulan itu, pihak keluarga menyeru orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai Istiqomah boleh menghubungi Mohd Yusof Mokhtar di talian 019-6919062, Saliha Ya (017-9052746) dan Johari (019-7049561).

Sumber: Sinar Harian (Shahrizal Ahmad Zaini)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd