Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hasrat Tak Kesampaian! Tujuh Hari Sebelum Bergelar Isteri, Wanita Bersama Adik Maut Kemalangan

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Gau berhampiran Batu 6, petang semalam.

Mangsa, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian bersama adiknya, Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19, ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Sungai Gau ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka bagi urusan perniagaan makanan dan minuman di Dataran Jam.

Lebih menyayat hati, segala persiapan perkahwinan Dinie Hanis yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jun ini di Hotel Green Park Temerloh dilaporkan telah siap sepenuhnya, termasuk busana pengantin, tempahan dewan serta kad jemputan yang sudah diedarkan kepada tetamu.

Bakal suaminya, Muhammad Alif Iskandar Azhar, 24, berkata pertemuan terakhir mereka tiga hari lalu di Temerloh menjadi kenangan terakhir yang tidak mungkin dilupakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut anggota tentera itu, pertemuan tersebut adalah sesi mencuba pakaian pengantin sebelum hari bahagia mereka.

“Arwah sangat gembira hari itu. Walaupun warna kegemarannya merah jambu, dia memilih pakaian pengantin berwarna putih dan kelihatan begitu teruja apabila mencubanya,” katanya.

Katanya lagi, sebelum kembali bertugas di Kuala Lumpur, beliau sempat menghantar tunangnya pulang ke rumah dan melihat arwah berdiri lama di hadapan rumah sambil memandang ke arahnya, seolah-olah memberi isyarat perpisahan yang tidak disedari ketika itu.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Wan Mohd. Syafik Wan Abdul, 32, berkata beliau antara individu terawal tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam yang menemui kad jemputan perkahwinan di lokasi tragedi.

“Masa itu hujan sangat lebat. Saya terus bergegas ke lokasi dan apabila sampai, saya terduduk apabila mengetahui mangsa adalah anak saudara saya sendiri yang bakal bernikah minggu depan,” katanya.

Menurutnya, beberapa jam sebelum kejadian, keluarga masih sibuk berbincang mengenai persiapan akhir majlis perkahwinan yang sudah lengkap sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas Enam Maut: Permohonan Reman Pemandu Lori Ditolak

Seorang lagi saudara, Mohd. Murni Muhammad Zain, 44, dari Kota Bharu berkata panggilan yang diterima sekitar jam 8 malam mengejutkan seluruh ahli keluarga yang ketika itu masih menguruskan jemputan perkahwinan.

Kad jemputan yang diedarkan sebelum ini kini menjadi petunjuk awal kepada keluarga mengenai tragedi menyayat hati yang meragut dua beradik itu.

Sumber: Sinar Harian
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Lokal

Anak kepada pemilik tanah yang dikaitkan dengan kontroversi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau tampil menjelaskan situasi sebenar susulan isu berkenaan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd