Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hailey Bieber Tak Sabar Nak Timang Zuriat Tapi Bimbang Anak Dikecam Netizen

Model terkenal yang juga merupakan isteri penyanyi popular, Justin Bieber iaitu Hailey Bieber mengakui dia sudah tidak sabar untuk memiliki zuriat bersama suami tersayangnya.

Menurut laporan Mirror UK, Hailey memberitahu dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata namun, agak bimbang untuk melalui fasa tersebut.

“Saya sangat mahukan cahaya mata tetapi saya takut. Cukuplah orang berkata tentang suami dan rakan-rakan saya. Saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak-anak saya menjadi bahan bualan netizen,” katanya.

Sebelum ini juga, model yang berusia 26 tahun itu pernah berkongsi usahanya dalam perkahwinannya menerusi sebuah temu bual bersama Harper’s Bazaar.

“Saya rasa perkahwinan perlu usaha yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Pada akhirnya, dia adalah kawan baik saya tetapi masih memerlukan banyak perkara untuk membuatkan ia berhasil.
“Berkenaan dengan cahaya mata pula, apabila kami ada anak nanti, ia akan menjadi satu lagi tanggungjawab tambahan dalam perkahwinan kami,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Justin dan Hailey membina mahligai pada November 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Mirror UK (Mollie Quirk)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd