Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Istanbul, Tiada Kerosakan Serius Dilaporkan

Sebuah gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan Laut Marmara berhampiran barat Istanbul hari ini, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk kota metropolitan itu.

Menurut laporan Berita RTM, Menteri Dalam Negeri Turki, Ali Yerlikaya, gempa berlaku di kawasan Silivri sekitar jam 12:49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT), dan turut dirasai di beberapa wilayah berdekatan.

Foto: Berita RTM

Kenyataan beliau di platform X turut mengesahkan lokasi pusat gempa yang terletak di dasar Laut Marmara, berhampiran Istanbul.

Agensi Pengurusan Bencana Turki (AFAD) melaporkan bahawa tiga gegaran susulan turut berlaku tidak lama selepas itu, dengan magnitud antara 4.4 hingga 4.9.

Kesan gegaran menyebabkan bangunan bergoyang, memaksa orang ramai melarikan diri keluar ke jalan. Menurut laporan wartawan AFP, suasana cemas jelas kelihatan apabila penduduk memeriksa telefon bimbit mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya betul-betul rasa gegaran tu, saya terus keluar,” kata seorang pekerja hiasan dalaman yang sedang berada di tingkat empat sebuah apartmen berhampiran Menara Galata.

Foto: Astro Awani

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan tiada laporan kematian, kecederaan serius atau kerosakan struktur utama setakat ini serta pejabat Gabenor Istanbul meminta orang ramai untuk menjauhkan diri daripada bangunan yang mungkin mengalami keretakan atau kerosakan.

“Hingga kini, kami belum menerima sebarang maklumat mengenai bangunan yang runtuh,” kata pejabat gabenor, sambil menggesa orang ramai untuk menghindari struktur yang mungkin terjejas akibat gegaran tersebut.

Pihak berkuasa bandar Istanbul turut menegaskan bahawa tiada insiden besar atau kecederaan dilaporkan setakat ini serta gegaran turut dilaporkan dirasai sejauh negara jiran, Bulgaria, termasuk di ibu kota Sofia.

Sumber: Berita RTM

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd